Berikan Kepada Yang Memerlukan
Anda mungkin tidak menjangkakan yang anda akan mengandung melalui hubungan anda. Terlalu muda, tidak mampu, atau malu untuk berhadapan dengan keluarga dan masyarakat. Jangan mengambil jalan mudah dengan menggugurkan bayi di dalam kandungan itu atau membuang bayi yang telah cukup sifat.
Bayi itu adalah satu anugerah yang tidak dapat dibeli dengan duit. Bukan semua pasangan berpeluang mendapat anugerah itu. Jika saya mengalami keadaan sebegini, sudah tentu panik dan mengambil jalan cepat dan mudah walaupun menyakitkan. Tetapi, fikirlah secara positif. Anda tidak mahu, berikan pada yang mahu. RAMAI yang mahukan anak angkat. Kenapa tidak berikan kepada mereka? Apalah sangat maruah itu daripada membunuh? Ramai sudah membuat silap. Manusia tidak dapat mengelak daripada melakukan kesilapan. Janganlah menambah kesilapan yang sangat berdosa dengan membuang bayi.
Saya faham, anda tidak tahu hendak berikan kepada siapa. Itulah tujuan blog ini, iaitu memberikan kepada yang mahu. Jika anda sedang mengandung dan tidak mahu bayi itu, beritahu kepada saya, akan saya carikan pasangan yang memerlukan (Maklumat anda dirahsiakan daripada umum). Kepada pasangan yang memerlukan anak angkat, beritahu kepada saya dengan menghantar emel kepada saya di farizascariz@gmail.com. Saya mencadangkan pasangan yang ingin anak angkat melalui keadaan ini, berikan bantuan seperti tempat tinggal, makanan, pakaian dan sebagainya sehingga bayi selamat dilahirkan dan habis pantang. Give And Take. Bersama-sama kita menghentikan masalah buang bayi di Malaysia ini. (*_*)v (Jika anda ingin komen, komen di shoutmix yang disediakan di sebelah ini.)